# Company Cleaner

**Company:** [Two95 International Inc.](http://jobs.workable.com/companies/uBLbLticQ1T2pGzVbXvnAu.md)
**Location:** Klang, Malaysia
**Workplace:** on site
**Employment type:** Full-time

[Apply for this job](http://jobs.workable.com/view/aac38279-af79-4bd9-8bf2-d2bd213afeac)

## Description

Jawatan: Pembantu Pembersihan Pejabat (Office Cleaner / Housekeeper)

Lokasi: Jalan Meru, Klang

Jenis Pekerjaan: Sepenuh Masa

Skop Kerja

\* Membersihkan kawasan pejabat termasuk ruang kerja, bilik mesyuarat, pantri, tandas, dan kawasan umum.

\* Menyapu, mengemop, mengelap habuk, dan mengosongkan tong sampah setiap hari.

\* Memastikan tandas sentiasa bersih serta mencukupi bekalan seperti tisu, sabun, dan bahan pencuci.

\* Membersihkan cermin, tingkap, pintu, dan permukaan lain mengikut jadual yang ditetapkan.

\* Menjaga kebersihan pantri termasuk mencuci cawan, pinggan, dan peralatan dapur jika diperlukan.

\* Menyusun dan menyimpan peralatan serta bahan pencuci dengan kemas dan selamat.

\* Melaporkan sebarang kerosakan atau kekurangan bekalan kepada penyelia.

\* Memastikan semua tugasan pembersihan diselesaikan mengikut standard syarikat.

\* Melaksanakan tugasan lain yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari semasa ke semasa.

Kelayakan

\* Tiada pengalaman diperlukan; latihan akan disediakan.

\* Pengalaman dalam kerja pembersihan adalah satu kelebihan.

\* Bertanggungjawab, jujur, rajin, dan menepati masa.

\* Mampu bekerja secara berdikari dan juga dalam pasukan.

\* Sihat tubuh badan dan mampu melakukan kerja-kerja fizikal.
